Keserasian perisian Windows 8


Windows 8 untuk pemproses IA-32 dan x64 boleh menjalankan kebanyakan perisian yang serasi dengan versi-versi Windows terdahulu, dengan kekangan yang sama seperti Windows 7: Windows 8 64 bit boleh menjalankan perisian 64 bit dan 32 bit manakala Windows 8 32 bit berupaya menjalankan perisian 32 bit dan 16 bit (walaupun sesetengah perisian 16 bit mungkin memerlukan tetapan keserasian untuk diguna pakai, jika tidak ia tidak boleh dijalankan langsung).

Windows RT, versi Windows 8 untuk sistem dengan pemproses ARM, hanya akan menyokong aplikasi yang disertakan dengan sistem (seperti versi khas Office 2013), dibekalkan melalui Windows Update, atau aplikasi yang diperolehi melalui Windows Store. Windows pada sistem ARM tidak akan menyokong penjalanan, emulasi, atau pemindahan aplikasi desktop x86/64 sedia ada untuk menjamin kualiti aplikasi yang didapati untuk sistem ARM.[64]

Aplikasi gaya Metro boleh jadi sama ada saling serasi antara Windows 8 dengan Windows RT, atau dikompilkan untuk menyokong satu seni bina khusus.[65]

Rujukan

WikiPedia: Windows 8 http://www.anandtech.com/show/4665/native-usb-30-s... http://arstechnica.com/microsoft/news/2011/09/maki... http://www.buildwindows.com/ http://articles.businessinsider.com/2012-02-09/tec... http://news.cnet.com/8301-10805_3-20110049-75/wind... http://news.cnet.com/8301-10805_3-57419612-75/wind... http://news.cnet.com/8301-10805_3-57485894-75/wind... http://news.cnet.com/8301-13924_3-57360734-64/micr... http://www.engadget.com/2011/06/01/live-from-micro... http://www.engadget.com/2011/09/14/steve-ballmer-t...